Friday 21 February 2014

99 kali rindu


Assalamualaikum!
Dah lamaaaa sangat tak update blog. Ceh sebenarnya malas sebab tak tau nak cakap pasal apa. Hmm. Btw exam pun dah dekat dah, jantung ni dup dap dup dap. Dah bersedia ke? TAAAK! :( 
Ya Allah permudahkanlah segala urusanku. Ameen

Semalam tengok movie 99 kali rindu. Bila mula2 tengok tu tak sedar pula tu sambungan cerita 7 petala cinta. Adui tasya tasya. Tapi apa2 pun cerita tu best. In my opinion, even cerita tu "cinta islamik", tapi lakonan tak islamik sangat. Kauorg tgk la sendiri malas nak cerita panjang hehe. Aku suka ayat2 puitis dalam cerita tu. Tak ada la jiwang sangat tapi tersentuh jiwa aku yang lemah ni. Lagi2 tengah malam, lagi la emosi tak menentu. Start je cerita tu dah sedih. 
"Rindu?
Rindu itu anugerah. Kurniaan dari Tuhan. Setiap insan yang berhati nurani punya rasa rindu." 
Hah mana tak sedihnya, ayat cemtu sekali gedebuk kat muka aku. Hahaha. Aku pun macam.."hm aku rindu siapa plak ni? rindu kawan2 kat msia punya pasal la ni". Tapi betullah ayat2 from 99 kali rindu memang gedebuk kat muka aku. Masuk telinga, lalu kat salur darah, pergi ke hati. 

"Tidaklah Allah menghilangkan sesuatu daripada dirimu, kecuali kerana Dia hendak menggantikannya dengan yang lebih baik."

Aku dengar ayat ni terus sobs sobs. Sebab benar apa yang dikatakan. Tersangatlah benar. Selalunya bila someone pergi dari hidup kita, mesti kita nangis, sedih, sakit. Tapi kita lupa yang itu Allah SWT punya kerja sebab Dia nak gantikan dengan yang lebih baik. Semua orang nak yang lebih baik kan? Mesti lah! So janganlah sedih sangat bila someone pergi from hidup kita. Kadang2 Allah pinjamkan dia dalam hidup kita sebagai pengajaran. Semua orang datang dan pergi, kita kena redha. Kematian ke, apa apa ke. Macam aku, Arwah tok ayah meninggal(Al-Fatihah), then Ummi lahirkan adik aku, Muhammad 'Abid. Masa 'Abid baby lagi, perangai macam tok ayah. Memang peseng tok ayah. Mungkin terubatlah sikit rindu Ummi dekat Tok Ayah sebab adik ada. Jadi, bila someone pergi, kita kena redha. Allah SWT dah tentukan macam tu. Ada sebab. Semua berlaku ada sebab. Aku masih pegang "Everything happens for a reason", and it helps me every time. Bila something berlaku, mesti aku teringat ayat tu, and ingatkan diri aku "mungkin ada yang lebih baik akan dtg" atau as balasan atas dosa2 aku yang lepas. Sangat membantu aku untuk redha and terima dengan apa yang berlaku.

"Apa yang Allah buat bila DIA rindu pada hambaNYA?
Allah akan kirimkan hadiah yg istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian dan dugaan hidup. Allah berfirman melalui malaikat Jibril, “Pergilah kepada hambaKU dan kirimkanlah ujian kepadanya. Sseungguhnya aku rindu akan rintihannya."

Ni ayat from movie 99 kali cinta juga. Aku pun selalu ingat kata2 ni. Setiap kali something berlaku, aku ingatkan diri "ini ujian from Allah SWT. Allah tengah uji." then terus aku rasa terharu and sebak sebab Allah SWT rindukan aku. Mungkin masatu aku terlalu into perkara dunia sampai lupa dekat Pencipta aku sendiri(aastaghfirullah). Tapi malu juga, bila sedih je, baru pergi mengadu dekat Allah. Bila bahagia, lupa. Sebenarnya yang hadirkan perasaan bahagia tu Allah SWT. So guys, bila benda berlaku, tau lah tu ujian from Allah SWT, dia rindukan kauorg. Mengadulah. Menangislah. Tu semua antara kau dengan Pencipta kau. 

And last quote
"Tuhan, jika dia memang baik untukku maka dekatkanlah diriku dengan dirinya. Tapi Tuhan, kalau dia bukan untukku, jangan biarkan hambamu ini menjadi suka apa lagi cinta kepadanya"

Perasaan ni memang tak menentu. Berbolak balik. Sekajap suka, sekejap tak. Aku sendiri pun bingung dengan perasaan aku. Kalau boleh aku tak tak nak suka sesiapa sebelum tiba waktunya. (Waktu menda pun aku tak tau. Merepek je aku) Yela bila suka someone, apa aku boleh buat? Nak pergi bagitau dia? nehi nehi. Jatuh status i okay uolss~ jk jk. Aku mampu diam je la. And bagitau abang2 aku. Diaorg ni tadah telinga je dgr aku potpetpotpet. Aku pendam je ler. Apa nak jadi, jadi. Mana boleh tolak takdir. Mampu berdo'a. Apa2 pun, perasaan dekat manusia tk boleh melebihi cinta kita dekat Allah SWT dan RasulNya. Lagipun, I prefer love after marriage. Indah gituww~ btw, quote tu dah boleh dijadikan do'a.

Okay semalam dah tidur lewat, today nak tidur awal sikit. Nak bangun awal. Best ok bangun awal time cuti, paling aku suka sekali sebab tak nak miss out apa yang tengah berlaku and tak nak bazir masa. Assalamualaikum dari Bahrain XD