Wednesday 6 March 2013

Aku terima nikahnya...



Sila dengar lagu ni before baca. Heehehe

(Gambar hiasan) ceh

ketika seseorang lelaki berkata kepada lelaki yang lain: “Nikahkan saya dengan anak perempuan awak”, lalu si bapa itu menjawab: “Aku nikahkan engkau”. Atau si bapa berkata kepada bakal suami: “Bernikahlah dengan anak perempuanku”. Lalu bakal suami menjawab: “Aku nikahinya”. Kedua contoh di atas adalah sah nikah berdasarkan apa yang disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Sesungguhnya seorang arab badawi telah meminang wanita yang telah mempelawa dirinya untuk Nabi s.a.w (ingin berkahwin dengan Nabi s.a.w), arab badawi itu berkata: : “Nikahilah dia denganku”. Jawab Nabi s.a.w.: “Aku nikahkan engkau dengannya bermaharkan al-Quran yang ada bersamamu”. (al-Mufassal, 6/87, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Tidak pernah ada dalil yang menyatakan mestilah satu nafas, atau tidak terputus nafas seperti diada-adakan oleh sesetengah pihak. Paling tinggi yang boleh kita kata adalah tidak boleh ada ruang yang menyebabkan salah satu pihak mengelirukan atau dikelirukan dalam menyatakan persetujuan nikah. Justeru itu SyeikhulIslam Ibn Taimiyyah r.h (meninggal 728H) menyebut:

“Nikah itu terlaksana (sah) dengan apa sahaja yang dihitung oleh orang ramai sebagai nikah; dalam apa bahasa, atau lafaz atau perbuatan”. (petikan Sayyid Sabiq, Fiqh al-Sunnah, 2/355).

Bila lelaki melafazkan "Aku terima nikahnya..", bermakna
dia bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga
tanggungjawab sebagai ketua keluarga
tanggungjawab terhadap isteri
tanggungjawab terhadap anak2
tanggungjawab juga terhadap ibu bapanya
and jangan lupa kena juga terima bebanan dosa2 bakal isteri, dosa2 anak2 sehingga diaorg baligh atau sehingga kahwin(perempuan), and juga dosa sendiri.

Nak kahwin memang la best, tapi kena bersedia juga nak tanggung dosa2 other than dosa sendiri. 

See, jangan marah isteri :p 
so to my bakal suami yang tak tau siapa lagi, saya warning awal2 yang saya ni suka merengek, selalu complain ,mood tak tentu pasal, tak boleh buat right decisions, tak perfect in everything, suka mengusik, cakap lain tapi maksud lain, terlebih sensitive,manja tahap maxima tak caya tanya umi hahaha, kalau awak marah saya/complain/usik terlebih mmg merajuk habis la kena pandai2 pujuk. Nampak tak betapa complicated nya hahahha. 

No comments:

Post a Comment